Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik kerajaan Arab Saudi kerana merasa tidak mendapat apa yang harus diperoleh dari kerajaan tersebut. Hal ini disampaikan oleh Trump semasa memberikan ucapan di hadapan komuniti Virginia Barat semalam.

Di samping itu, Trump juga menyebutkan bahawa kerajaan Arab Saudi mempunyai triliun dolar dan menganggap kerajaan sepatutnya dapat membayar semua perbelanjaan ketenteraan.

“Saya cinta Arab Saudi. Pagi ini, saya menghubungi Raja Salman. Saya katakan, Raja, anda mempunyai trilion dolar. Tanpa kita, tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku. Bersama-sama dengan kami, mereka akan selamat. Tetapi, malangnya kita tidak mendapat apa yang seharusnya,” kata Trump, sebagaimana yang dipetik dari Press TV.

Selain itu, untuk mendapatkan lebih banyak dolar dari kantung kerajaan, Trump mengancam untuk membatalkan subsidi yang diberikan kepada Arab Saudi.

“Sekarang ini, kita memberi subsidi kepada tentera mereka. Saya katakan Arab Saudi, anda kaya, anda harus mampu membiayai perbelanjaan ketenteraan anda,” kata Trump.

Tahun lepas, Trump memasuki perjanjian penjualan senjata terbesar dengan Arab Saudi. Pada bulan Mei 2017 sahaja, kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk membeli senjata bernilai 110 bilion dolar.

Transaksi penjualan senjata telah menerima kritikan dari pelbagai organisasi kemanusiaan dunia kerana pada masa yang sama, Arab Saudi sedang melakukan serangan ketenteraan di Yaman. Mungkin senjata yang dibeli akan digunakan untuk menyerang Yaman.

– Media Adil