Seorang remaja Palestin terbunuh ketika menyertai tunjuk perasaan berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel, semalam.

Sumber Palestin memetik Kementerian Kesihatan Gaza berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Ahmed Abu Habel.

Remaja berusia 15 tahun itu ditembak tentera Israel berhampiran pos pemeriksaan Beit Hanoun di utara Genting Gaza.

Serangan Israel itu juga menyaksikan seramai 24 orang cedera, kata kementerian itu.

Ketegangan semakin memuncak di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel sejak penduduk Palestin mengadakan protes besar-besaran sejak 30 Mac lalu.

Sehingga kini, angka kematian rakyat Palestin yang ditembak Zionis mencecah 190 orang dan hampir 20,000 lagi cedera. – Press TV