Polis Zionis mengenakan sekatan ke atas penduduk Palestin di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, untuk mengiring 114 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Terdahulu, pasukan polis menceroboh masuk perkarangan masjid untuk memastikan para jemaah tidak berada di kawasan sekitar laluan pendatang Yahudi berarak. Ketika berarak, sebilangan pendatang Yahudi cuba melakukan ritual Talmud berdekatan Kubah as-Sakhra’.

Sepanjang bulan Julai lalu, 2,233 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa.