Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut Israel membebaskan 400 tahanan kanak-kanak Palestin atau membicarakan mereka.

Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad Al Hussein, mengkritik sistem ‘penahanan pentadbiran’ Israel yang ketika ini dianggar menahan 440 kanak-kanak.

“Israel seharusnya segera mendakwa mereka atau membebaskan kanak-kanak itu.

“Undang-undang antarabangsa mensyaratkan penahanan terhadap kanak-kanak hanya sebagai jalan terakhir.

“Sama ada kanak-kanak atau dewasa, penahanan tanpa bicara, bukti dirahsiakan, mengikut arahan penahanan pentadbiran diperbaharui adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan perlu ditamatkan,” kata Zeid menerusi komunikasi video, menggelar sistem Israel itu satu ‘pelanggaran asas hak asasi manusia.’

Mesyuarat itu memfokuskan keganasan terkini di Semenanjung Gaza yang dijangka diadakan setiap Selasa dalam sesi bulanan berkaitan Asia Barat.

Zeid juga mengkritik apa yang digelarnya penahanan sewenang-wenangnya oleh Israel terhadap aktivis hak asasi.

Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas, dikenakan sekatan Israel sejak lebih sedekad lalu.

– Harian Metro