Rejim Zionis mula mempamerkan lebih 40 artifaks Palestin yang mereka curi dalam sebuah muzium di kota Baitulmaqdis.

Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Hague melarang pihak penjajah memindahkan sebarang objek bersejarah dan budaya dari wilayah yang dijajah. Bagaimanapun, mantan Timbalan Menteri Perang Eli Ben-Dahan bersama beberapa lagi pegawai tinggi Zionis tetap merasmikan pameran tersebut.

Undang-undang antarabangsa turut mengharamkan pihak penjajah menjalakan penggalian atau operasi arkeologi di atas tanah yang dijajah.

Sejak tahun 1967, rejim Zionis telah mencuri lebih 40 artifaks Palestin atas dakwaan ianya adalah milik kaum Yahudi. – Haluan Palestin