Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi menandatangani perintah dekri untuk melanjutkan perintah darurat di seluruh negara itu selama tiga bulan, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan.

Dekri itu mengatakan tentera dan polis perlu bertindak sebaik mungkin untuk memerangi keganasan dan sumber kewangan negara di samping melindungi nyawa dan harta rakyat, menurut agensi berita MENA pada Ahad.

Keputusan presiden itu disokong parlimen dan mula berkuat kuasa pada Khamis.

Darurat diisytiharkan di Mesir pada April 2017 selepas serangan keganasan terhadap gereja Kristian di kota Tanta dan Alexandria, yang menyebabkan lebih 50 orang terbunuh dan 100 cedera. – Bernama