Tencent - PlayerUnknown’s Battlegrounds

Majlis Ulema Aceh mengharamkan permainan dalam talian popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) selepas ia didakwa menghina Islam dan menyebabkan ketagihan kepada pemain.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan di wilayah yang menguatkuasakan undang-undang Islam itu selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melarang PUBG kerana bimbang ia menghasut keganasan dalam dunia nyata.

“Kerajaan tempatan wajar mempertimbangkan larangan secara terang-terangan.”

“Fatwa kami menetapkan PUBG dan permainan yang lain sepertinya adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan tingkah laku seseorang,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulema Aceh, Faisal Ali.