Monday, 18 November 2019
Home Sukan Maghribi sesuai anjur Piala Dunia 2026 – Blatter

Maghribi sesuai anjur Piala Dunia 2026 – Blatter

BERN, Switzerland 23 Feb. – Bekas Presiden FIFA yang digantung, Sepp Blatter telah meletakkan sokongan di belakang Maghribi bagi membida tuan rumah Piala Dunia 2026 dengan berkata, negara Afrika Utara itu adalah pilihan logik.

Maghribi membida buat kali kelima untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas mencuba pada 1994, 1998, 2006 dan 2010.

“Piala Dunia 2026, penganjuran bersama ditolak oleh FIFA selepas 2002 dan kini Morocco mungkin adalah calon logik untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu.

“Ini adalah masa buat Afrika sekali lagi,” kata Blatter. – REUTERS