BEIJING: Satu kebakaran atau letupan, yang menyaksikan kepulan asap yang tebal, dilaporkan berlaku di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pada Khamis.

Dalam kejadian itu, seorang wanita dilaporkan ditahan selepas menyembur gasolin ke atas dirinya sendiri, menurut media rasmi.

Pengguna media sosial berkongsi gambar di Twitter yang menunjukkan asap tebal dan kenderaan polis berada di sekitar kawadan itu.

Pihak polis tidak memberi respon ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut sementara jurucakap kedutaan berkata pihaknya masih sedang mengumpul maklumat.

Bagaimanapun, kakitangan yang bertugas di Kedutaan India dan Korea Selatan berhampiran Kedutaan AS itu dilaporkan berkata mereka tidak menyedari tentang sebarang kejadian luar biasa dan mereka bekerja seperti biasa.

– Astro Awani