Tentera Udara Rusia dan Amerika mengadakan mesyuarat ringkas minggu lalu apabila pesawat pengintip Amerika ditemui oleh jet pejuang Rusia berhampiran sempadannya.

Menurut Rusia Today, jet pejuang Su-27 Rusia memintas sebuah pesawat pengintip RC-135 milik Amerika yang terbang berhampiran sempadannya.

Kementerian Pertahanan Rusia kemudian mengeluarkan kenyataan selepas pemintasan itu bagi mengesahkan kejadian ini.

Pusat kawalan udara Rusia telah mengesan sasaran udara menghampiri sempadan Rusia di atas perairan Laut Baltik.

Sebuah jet pejuang Su-27 bergegas untuk memintas sasaran. Pesawat perang Rusia itu mendekati ruang udara dengan jarak yang selamat untuk mengenal pasti mereka sebagai pesawat perisik RS-135 milik tentera Amerika.

Selepas meninggalkan sempadan udara Rusia, Su-27 dari pasukan petugas pertahanan udara kembali ke lapangan terbang.