Pesawat pejuang rejim pengganas Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Damsyik, sehingga mencetuskan serangan balas daripada pasukan pertahanan udara Syria.

Agensi berita SANA yang memetik sumber sebagai berkata, serangan yang berlaku pada jam 11.15 (waktu tempatan) itu menyasarkan ke atas salah sebuah gudang di lapangan terbang Damsyik.

Sumber kementerian pengangkutan Syria dilaporkan berkata, lapangan terbang berkenaan bagaimanapun beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, tiada sebarang kematian dan kecederaan dilaporkan susulan insiden itu.

Israel melancarkan serangan di Syria sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani pengaruh Iran, yang menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang yang tercetus pada tahun 2011.

Kebanyakan mereka berada di kawasan selatan Damsyik.

“Dua kawasan yang menjadi pusat bagi tentera Iran dan pergerakan Hezbollah Lubnan iaitu berhampiran lapangan terbang dan sekitar Kisweh di Damsyik,” kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria. – Agensi