Ahli Parlimen Iran memberi amaran Israel akan musnah dalam masa setengah jam jika Amerika Syarikat menyerang negara itu, menurut agensi berita MEHR.

Ketegangan selama beberapa minggu memuncak bulan lalu dalam keputusan minit akhir Presiden Donald Trump membatalkan serangan ke atas Iran selepas Tehran menembak jatuh dron AS.

Washington juga menuduh Iran mendalangi serangan ke atas kapal tangki di Teluk, yang dinafikan Tehran.

“Jika AS menyerang kami, jangka hayat Israel cuma kekal setengah jam sahaja,” kata pengerusi suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Mojtaba Zolnour, menurut MEHR. – Reuters