Wakil-wakil parti demokratik Itali di parlimen Eropah menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) menyokong syarikat-syarikat Itali yang aktif di Iran dari ancaman yang berpotensi untuk kembalinya sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Tehran.

Isabella de Monte menyebutkan bahawa pembelaan terhadap kepentingan perusahaan dan pekerjaan Itali sebagai salah satu keutamaannya.

“Federica Mogherini, ketua kebijakan luar negeri EU selalu menegaskan masalah mengurangi potensi dan dampak negatif dari sekatan AS terhadap perusahaan-perusahaan Eropah yang melabur di Iran berikutan penandatanganan JCPOA,” kata Isabella de Monte pada Khamis (19 Jul)

“Selain itu, Mogherini juga mengeluarkan satu dasar untuk melindungi proses transaksi perdagangan yang baik serta hubungan ekonomi antara EU dan Iran yang bermula setelah sekatan ditarik,” katanya.

sumber – MediaAdil