epa04253169 Thai army chief and junta head General Prayuth Chan-ocha smile as he leaves after the meeting of the 2015 national budget at the Army Club in Bangkok, Thailand, 13 June 2014. Thailand's army chief General Prayuth Chan-ocha seized power with a coup d'etat on 22 May 2014 and placed the country under martial law. He said an interim government is expected to be formed within the next three months after he seized power on 22 May, saying the coup was necessary to restore order after more than six months of street protests resulting in terrorist attacks and a political gridlock. He vowed to appoint a prime minister once peace is restored, to enact political reforms and hold elections within about 15 months. EPA/NARONG SANGNAK

Empat menteri daripada kerajaan junta tentera Thailand melancarkan parti politik baharu, hari ini di tengah-tengah spekulasi bahawa mereka akan menyokong Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum menjelang Mei depan.

Parti Palang Pracharat yang akan dipimpin Menteri Industri, Uttama Savanayana yang berikrar untuk membantu Thailand mengatasi perpecahan politik.

“Kita telah buang banyak masa dan peluang untuk membangunkan negara ini,” kata Uttama merujuk kepada konflik berlarutan selama sedekad antara penyokong perdana menteri digulingkan, Thaksin dan Yingluck Shinawatra serta penubuhan kerajaan protentera.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas bekas ketua tentera itu menyatakan beliau berminat dalam politik.

Menteri Perdagangan, Sontirat Sontijirawong yang merupakan setiausaha agung parti itu berkata, Palang Pracharat bukan bertujuan untuk melanjutkan pemerintahan tentera kerana ia tidak bersekutu dengan tentera dan tidak mempunyai ahli terdiri daripada tentera.

“Kami akan memilih pemimpin terbaik untuk negara ini. Kami juga tidak akan melepaskan jawatan masing-masing susulan penubuhan parti ini,” ujarnya lagi.

Difahamkan, parti itu turut disertai Menteri Sains dan Teknologi, Suvit Maesincee dan Kobsak Pootrakool, menteri terlibat dengan pejabat perdana menteri. – Reuters