Pihak rejim Israel mengulangi keputusan baru-baru ini dan memutuskan pada hari Selasa (30/04) untuk mengurangkan zon penangkapan ikan yang dibenarkan di Gaza Strip dari 15 batu nautika hingga hanya 6 batu nautika.

Ketua Kesatuan Nelayan Palestina di Gaza, Zakariya Bakr, memberitahu pejabat berita Ma’an bahawa pihak rejim Israel telah mengurangkan zon menangkap iakn yang diizinkan ke 6 batu nautika.

Bakr menambah bahawa pihak rejim Israel mengarahkan tentera laut rejim Israel untuk menghapuskan dan memusnahkan jaring menangkap ikan milik Palestin 9 batu nautika dari pantai Gaza.

Tentera rejim Israel juga mengerahkan nelayan Palestin kembali ke pantai, untuk melemahkan semangat mereka untuk terus bekerja di laut.

Sebab pengurangan jarak tersebut masih tidak diketahui, pada masa laporan ini.

Perlu diperhatikan bahawa, pada permulaan bulan April pihak rejim Israel membenarkan pengembangan zon menangkap ikan yang dibenarkan di luar pantai Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Mesir yang disepadukan antara gerakan Hamas dan reji Israel.

Keputusan rejim Israel sepatutnya membenarkan penambahan zon menangkap ikan hingga 15 batu nautika.

Organisasi hak-hak setempat, Al-Haq, telah merekodkan banyak kes-kes pencerobohan rejim Israel terhadap nelayan Palestin di pantai Gaza, menyeru tindakan rejim Israel menentang “hukum kolektif” nelayan yang memaksakan “keadaan ekonomi dan sosial yang sulit.”

Menurut Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA), pada tahun 1994, jarak perikanan yang dibenarkan sebanyak 20 batu nautika telah dipersetujui antara rejim Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestina (PLO). Ketika ini, Israel hanya membenarkan penangkapan ikan sehingga 12 batu nautika hingga 2006, apabila zon tangkapan ikan dikurangkan kepada 6 batu nautika dan kemudian kepada 3 batu nautika. – IMEMC