Jet pengebom dan helikopter rejim pengganas Israel menyerang pelbagai sasaran di selatan Semenanjung Gaza dalam tindakan terbaharu mereka terhadap wilayah terkepung itu, malam tadi.

Menurut laporan media Palestin, beberapa kubu milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di selatan kawasan pesisir pabtai, termasuk satu di pinggir laut Khan Younis dan satu lagi di luar kota terjejas akibat serangan itu.

Beberapa tapak yang disasarkan juga dipercayai dimiliki Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas. Tidak ada laporan segera mengenai kehilangan nyawa akibat serangan itu.

Tentera Israel mendakwa serangan dilakukan sebagai tindak balas kepada roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza dan mengenai kawasan Eshkol.

Serangan udara di Tel Aviv itu berlaku ketika rakyat Palestin mengadakan protes mingguan di sempadan Gaza sejak tahun lalu yang menuntut hak mereka untuk pulang ke rumah dan perkampungan yang dirampas Zionis. – Agensi