Rejim Zionis membawa 239 Yahudi dari beberapa negara Amerika Utara untuk memperkuat pasukan tenteranya dan menempatkan mereka di wilayah-wilayah Palestin di Tebing Barat.

Pendatang Yahudi itu tiba dengan pesawat khas di lapangan terbang Ben Gurion. Mereka terdiri daripada 30 keluarga, dan selebihnya adalah individual yang terpisah dari keluarga mereka.

Seramai 28 orang adalah profesional dalam bidang perubatan, termasuk 11 orang doktor, dua orang jururawat dan lima orang pakar psikatrik.

Pada musim panas lalu, rejim Zionis mendatangkan 2,000 Yahudi dari Amerika dan Kanada untuk ditempatkan dalam wilayah-wilayah Palestin.

Pada tahun 2017, seramai 28,988 Yahudi dari Rusia dan Ukrain di bawa masuk ke wilayah Palestin.

HP