Ahli Parlimen Zionis Moti Yogev semalam mengeluarkan kenyataan bahawa rejim Zionis akan meluaskan kedaulatannya ke seluruh kawasan yang terletak di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

Pegawai parti ultra-ortodoks HaBayit HaYehudi (Tanahair Yahudi) itu berkata, “Tidak pernah ada negara Palestin dan ia tidak sekali-kali akan wujud. Israel tetap kekal sebuah negara Yahudi.”

Yogev mendakwa kononnya di bawah kerajaan Yahudi itu nanti, penduduk Palestin akan diberi hak mentadbir majlis tempatan mereka dan diberi kad pengenalan “penduduk Tebing Barat”.

“Israel akan tetap menjadi sebuah negara Yahudi dengan majoriti penduduk Yahudi yang semakin meningkat.” – Middle East Monitor