Seorang wanita Palestin maut selepas pendatang haram Yahudi di tebing Barat membaling batu ke arah kereta mangsa, kata sumber keselamatan dan perubatan Palestin, semalam.

Jurucakap polis Israel mengesahkan kereta itu terkena batu, namun tidak menamakan penyerang yang bertanggungjawab.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, menamakan penumpang itu sebagai Aisha Mohammed Rabi, 48, ibu kepada lapan orang anak.

Aisha meninggal dunia di hospital bandar Nablus, utara Tebing Barat akibat kecederaan di kepala, sementara suaminya yang memandu kereta mengalami cedera ringan.

Saksi dan sumber keselamatan dipetik agensi berita berkenaan berkata, batu tersebut dibaling oleh Israel. – AFP

– Sinar Harian