Vatican dan Masjid Al-Azhar pada Isnin menandatangani sebuah dokumen membanteras kegiatan militan dan ekstremisme.

Lapor Reuters, dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Pemimpin Tertinggi Katolik, Pope Francis dan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Majlis tandatangan tersebut diadakan di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Abu Dhabi.

Ia sempena lawatan Pope Francis ke semenanjung Arab yang disifatkan sebagai satu lawatan bersejarah. – Astro Awani