Presiden Recep Tayyip Erdogan, menegaskan pasukan tentera Turki tidak akan keluar dari Syria, sehinggalah rakyat negara bergolak itu berpeluang mengadakan pilihan raya.

“Kami hanya akan menyerahkan Syria kepada pemiliknya selepas mereka mengadakan pilihan raya umum,” kata Erdogan dalam satu forum di Istanbul, semalam.

Terdahulu, Turki menghantar pasukan tentera ke negara Timur Tengah itu pada Ogos 2016 untuk membebaskan sebuah kawasan sempadan daripada cengkaman militan Daesh.

Ia turut melancarkan satu lagi operasi awal tahun ini di wilayah Afrin bagi menentang pejuang Kurdish yang bersekutu dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Bulan lalu, Erdogan dan Presiden Rusia, Vladimir Putin mencapai persetujuan mewujudkan zon bebas tentera antara puak pemberontak serta pejuang kerajaan di utara Syria. – Reuters