Turki guna mata wang negara berniaga dengan Iran, Rusia dan China

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata proses transaksi perdagangan dengan Iran, Rusia dan China akan menggunakan mata wang negara ini.

Seperti yang disebutkan oleh Press TV pada Sabtu (14 Julai), Erdogan mengatakan bahawa Turki serius untuk berdagang dengan Iran, Rusia, dan China melalui penggunaan mata wang negaranya.

“Matlamatnya adalah untuk menangani kesan buruk pertukaran mata wang asing dalam perdagangan antarabangsa di Turki,” katanya.

Menurut Erdogan, turun naik pertukaran mata wang adalah cabaran global, dan menjalankan transaksi perniagaan dengan mata wang negara adalah salah satu cara terbaik untuk mengatasi turun naik kadar pertukaran ini.

“Penurunan dalam kadar pertukaran dolar dan euro telah menyebabkan masalah bagi negara-negara pengeksport dan pengimport, dan atas dasar ini, perbincangan berterusan dengan Iran dan Rusia mengenai pelaksanaan perjanjian perdagangan dengan menggunakna mata wang negara ini,” jelasnya.

sumber – MediaAdil