Trump Desak Saudi Naikkan Pengeluaran Minyak 2 Juta Tong Sehari

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mendesak kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran minyaknya sebanyak dua juta tong sehari.

BBC melaporkan, peningkatan dalam pengeluaran minyak dipercayai dapat mengimbangi kenaikan harga minyak.

Bercakap melalui Twitternya, Trump menerangkan jika Raja Salman meluluskan permintaannya untuk meningkatkan jumlah pengeluaran minyak. Trump berkata, langkah itu diperlukan untuk menangani kekacauan dan disfungsi di Iran dan Venesuela.

“Hanya berbincang dengan Raja Salman dari Arab Saudi dan menjelaskan kepada beliau tentang kekacauan dan disfungsi di Iran dan Venezuela.” katanya

“Saya meminta Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran minyak, mungkin sehingga 2 juta tong sehari, untuk membuat perbezaan… harga tinggi, beliau bersetuju… ” tambah Trump

Sementara itu, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum atau OPEC bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran seperti yang dilakukan oleh Rusia, tetapi gagal untuk menyakinakn pasaran.

Agensi beritau Arab Saudi mengesahkan, Trump dan Raja Salman telah berbicara melalui telefon. Kedua-duanya dilaporkan perlu mengekalkan kestabilan pasaran minyak. Walau bagaimanapun, kenyataan dari agensi tersebut tidak menyebut bahawa kerajaan bersetuju dengan angka 2 juta tong sehari.

Arab Saudi adalah pengeksport minyak terbesar di dunia dan menjana kira-kira 10 juta tong sehari pada bulan Mei. Negara ini mempunyai 1.5 juta hingga 2 juta tong sehari untuk kapasiti ganti. “Arab Saudi tidak benar-benar mahu mengatasi 11 juta tong sehari dan tidak berniat untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya sekarang.” kata pegawai Saudi kepada The Wall Strees Journal.

Harga minyak naik minggu lalu, sebahagiannya disebabkan rancangan Amerika syarikat untuk mengembalikan sekatan terhadap Iran, salah satu pengeluar minyak terkemuka di dunia. CBC News melaporkan kenaikan harga minyak juga kerana kerajaan Trump menggalakkan sekutu untuk menapatkan pembelian minyak dari Iran, selepas Amerika Syarikat menarik diri dari perjanjian nuklear antara Iran dan kuasa dunia lain.

Di samping itu, kenaikan harga minyak dipicu oleh pergolakkan yang berterusan di Venezuela dan pertempuran di Libiya