Ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu (PBB), pada Selasa mendapat reaksi yang tidak dijangka.

Trump telah ditertawakan delegasi dan pemimpin dunia yang hadir.

Semuanya gara-gara kenyataan ‘besar diri’ Trump yang menggariskan pencapaian Amerika Syarikat sejak dia memegang tampuk pemerintahan negara itu.

Katanya, ekonomi Amerika telah melonjak pada paras tertinggi, prestasi yang tidak pernah dicapai pentadbiran sebelum beliau.

Trump yang agak terpaku dengan reaksi mereka yang hadir berkata dia tidak menjangkakan reaksi sedemikian daripada hadirin.

Amerika Syarikat ucapnya kini sebuah negara “yang lebih kuat, selamat dan kaya”.

Dengan nada angkuh, Trump turut berkata Amerika telah mempertahankan rakyatnya dan masyarakat dunia. – Astro Awani