Trump balas amaran Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad (22 Jul), memberi amaran kepada Presiden Iran Hassan Rouhani supaya tidak mengugut AS, selepas negara ini memberi amaran terhadap Washington mengenai dasar permusuhannya terhadap Tehran.

Trump dalam ciapan di Twitter menuliskan bahawa jangan sama sekali berhasrat untuk kembali mengugut AS atau kamu akan menerima akibatnya seperti yang pernah dialami oleh mereka sebelum ini, lapor Reuters.

“Perang dengan Iran adalah seperti ibu kepada semua perang’, tetapi beliau tidak menolak hasrat untuk mencapai keamanan dengan Washington,” kata Hassan semalam.

“Kami bukan lagi negara yang akan hanya berdiam diri dan dengan mudahnya melupakan kata-kata kejam kamu.

“Jadi, berhati-hatilah,” katanya.

sumber – MediaAdil