Trump ancam sekat negara Eropah bekerjasama dengan Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mengancam akan menyekat negara-negara Eropah jika mereka mengekalkan perjanjian nuklear dengan Iran.

Dalam temubual dengan televisyen Fox News pada hari Ahad (1 Julai), Trump berkata AS akan memaksakan sepenuhnya sekatan ke atas syarikat-syarikat Eropah yang menjalankan perniagaan dengan Iran.

Penasihat Keselamatan Rumah Putih, John Bolton juga mengatakan bahawa AS akan menghukum negara-negara Eropah yang meneruskan perjanjian nuklear dengan Tehran.

Pada 8 Mei 2018, Trump menarik diri dari perjanjian nuklear dengan Iran dan pengembalian sekatan nuklear dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang. Akan tetapi keputusan ini mendapat kritikan keras dari dalam AS dan antarabangsa.

sumber – MediaAdil