Tiga rakyat Palestin menjadi korban terbaharu kekejaman tentera rejim pengganas Israel, ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza, semalam.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan, Shadi Abdul Aziz Mahmoud Abdulal, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, terbunuh selepas tentera Israel menembaknya di bandar Jabalia, Semenanjung Gaza.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qedra berkata, tentera Israel juga menembak mati Muhammad Shaqora, 21, di kem pelarian al-Bureij.

Sementara itu, mangsa ketiga dikenali sebagai Hani Ramzi Afana, 21, dari Rafah.

Sebahagian mangsa dilaporkan mengalami kecederaan, ianya turut membabitkan kanak-kanak.

Sehingga kini 175 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 19,000 lagi cedera sejak tunjuk perasaan ‘The Great March of Return’ yang menuntut mereka kembali ke kampung halaman yang diramas rejim Zionis, bermula 30 Mac lalu.

– IW/Agensi