Sekurang-kurangnya tiga juta rakyat Afghanistan kini dalam keadaan `terdesak’ untuk mendapatkan makanan dan diancam kebuluran jika tidak diberi bantuan segera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut badan dunia itu, musim kemarau di seluruh kawasan utara dan barat negara ini menyebabkan kemusnahan tanaman, ternakan dan bekalan air sehingga memaksa beratus-ratus ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Musim kemarau tersebut memburukkan lagi keadaan negara itu yang dibelenggu konflik selama 17 tahun dan sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya Parlimen yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.

PBB kini menggiatkan usaha antarabangsa untuk memperuntukkan bantuan makanan kepada 2.5 juta daripada tiga juta penduduk berkenaan menjelang pertenggahan Disember ini. – AFP