Tiada Al-Haramain Watch di Malaysia

Pemuda Umno Malaysia berkata sebuah gerakan yang menggunakan nama Al-Haramain Watch berpotensi untuk memecah-belahkan masyarakat Islam sedunia dengan menggunakan isu haji.

Menurut Datuk Fathul Bari Mat Jahya pertubuhan berkenaan sebenarnya bertujuan mengajak negara-negara Islam di seluruh dunia untuk memantau pentadbiran dan pengurusan Makkah dan Madinah oleh Arab Saudi.

Beliau yang juga anggota exco Pemuda Umno berkata gerakan berkenaan mahu supaya hal-hal berkaitan ibadah hadi dikendaikan oleh badan antarabangsa, dan bukan oleh Riyadh.

 

“Bagi saya kempen golongan ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab.

“Sebarang usul mengantarabangsakan usaha itu adalah retorik semata-mata,” katanya.

Fathul Bari berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Al-Haramain Watch ialah suatu kempen yang digerakkan oleh pihak tertentu dengan menonjolkan pelbagai isu berkaitan pengurusan ibadah di Makkah dan Madinah.

Dalam laporan terbarunya kumpulan itu mendakwa Arab Saudi mengeksploitasi visa haji dan umrah.

Secara umum mereka mahu pengurusan dua tanah suci umat Islam itu dikendalikan oleh badan lain yang bebas daripada pengaruh Riyadh.

Fathul Bari bagaimanapun menegaskan pertubuhan itu tidak wujud di Malaysia seperti pernah dilaporkan sebuah media asing.

Katanya selama ini hubungan Malaysia dan Arab Saudi begitu baik.

Dengan adanya gerakan Al-Haramain Watch itu kata Fathul Bari ia hanya mengancam persefahaman umat Islam dan bukannya membawa perpaduan seperti diuar-uarkan.

“Hubungan dari segi ekonomi, diplomatik dan sebagainya cukup baik. Kita tidak campur tangan dalam urusan seperti ini.

“Tiap-tiap tahun seluruh dunia menghantar jemaah haji mengikut kuota diberi Arab Saudi.

“Proses ini mendapat penambahbaikan tiap-tiap tahun,” ujarnya.

sumber – MalaysiaKini

%d bloggers like this: