Sekurang-kurangnya 20 tetamu majlis perkahwinan di kampung di barat laut Yaman lewat semalam maut akibat serangan udara tentera pakatan antarabangsa diketuai Arab Saudi.

“Hospital berkenaan menerima 40 mayat, kebanyakannya berkecai dan 46 lagi cedera termasuk 30 kanak-kanak, dalam serangan udara itu,” kata ketua hospital Al Jumhouri di Hajjah, lapor Reuters.

Jurucakap tentera pakatan diketuai Arab Saudi tidak memberi maklum balas kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan.

Tentera disokong Barat itu melancarkan perang yang masuk tahun ketiga menentang kumpulan Ansarullah yang mengawal sebahagian besar utara Yaman.

Sementara itu, pengarah Hak Asasi Manusia Perancis, Benedicte Jeannerod berkata bahawa Arab Saudi sebagai ketua gabungan penyerang Yaman kini telah membunuh beribu-ribu orang awam, dan serangan itu dikategorikan sebagai jenayah perang.

sumber – MediaAdil