Terungkap delegasi Riyadh ke Tel Aviv beli sistem pertahanan udara

Menyusul terungkapnya penggunaan peluru berpandu dan senjata buatan rejim Zionis Israel oleh Arab Saudi dan sekutunya dalam perang Yaman, kini terungkap pula kunjungan delegasi Riyadh ke Tel Aviv untuk membeli sistem pertahanan udara.

Seorang wartawan yang tinggal di Palestin yang diduduki (Israel) dan bercakap secara tanpa nama mendedahkan bahawa perwakilan Arab Saudi telah melawat Tel Aviv untuk membeli sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

Laman web The Newkhalij menuliskan bahawa delegasi Arab Saudi yang dipimpin oleh bekas Pejabat Perisikan Arab Saudi Anwar Eshki telah melawat Israel untuk membeli sistem Iron Dome.

Akhbar Switzerland pada Januari 2018 juga mendedahkan usaha Arab Saudi untuk mencapai sistem pertahanan roket Israel dan peralatan ketenteraan yang lain.

Menurut akhbar ini, Arab Saudi meminta Israel untuk menjual sistem tersebut ke Riyadh melalui negara ketiga.

Sebelum ini, laman Defenseworld menyebutkan bahawa para pakar tentera Arab Saudi telah menguji cuba sistem pertahanan peluru berpandu Israel Iron Dome di Abu yang mampu menangkis peluru berpandu Yaman.

Laman Qatar, alkhaleejonline mengutip sejumlah sumber yang dekat dengan Suruhanjaya Perisikan Kongres Amerika Syarikat (AS) menulis, pasukan pakatan pimpinan Arab Saudi menggunakan senjata-senjata buatan rejim Zionis Israel untuk menyerang Yaman, terutama pengeboman terhadap pelabuhan al-Hudaydah.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai di Suruhanjaya Perisikan Kongres AS yang meminta nama tidak didedahkan kepada Alkhaleejonlin berkata, Arab Saudi meneruskan pelbagai tujuan untuk menggunakan senjata buatan Israel.

Menurut beliau, di antara tujuan-tujuan ini adalah untuk menguji senjata dan kekuatan desktruktif serta dampak kesannya terhadap tubuh manusia.

sumber – MediaAdil