Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menggesa Bangladesh menarik balik rancangan penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya ke Rakhine, Myanmar, bulan ini, bimbang etnik itu terdedah kepada risiko penganiayaan yang tinggi.

Utusan khas PBB tentang hak asasi manusia di Myanmar, Yanghee Lee berkata, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai dari kem pelarian di Cox’s Bazar bahawa etnik Rohingya dalam keadaan tertekan nama mereka tersenarai untuk dihantar pulang.

Malah katanya, beliau tidak melihat sebarang bukti kerajaan Myanmar mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelarian Rohingya pulang ke tanah air mereka.

Bangladesh dan Myanmar pada 30 Oktober lalu bersetuju until menghantar pulang pelarian Rohingya ke Rakhine bermula pertengahan bulan ini. – Reuters