Tentera Zionis hari ini menyerbu masuk kawasan Kubah as-Sakhra’ di tapak suci Masjid al-Aqsa dan menghalang serta menyerang staf Jabatan Wakaf melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kerja-kerja membersih dan menyelenggara di kawasan Kubah as-Sakhra’ dilakukan ketika polis Zionis menceroboh masuk tapak suci itu, dan mendakwa para pekerja menyembur bahan kimia ke atas monumen-monumen arkeologi.

Pertelagahan tercetus antara tentera Zionis dengan pengarah Jabatan Wakaf, Azzam al-Khatib, dan pekerja-pekerjanya.

Terdahulu, polis Zionis mengiring pendatang-pendatang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa sambil berarak dan melakukan ritual Talmud. – Haluan Palestin