Tentera penjajah Zionis hari ini menebang dan mencabut lebih 520 pokok-pokok zaitun milik empat penduduk Palestin di perkampungan Bardala di utara Lembah Jordan.

Semua pokok-pokok terbabit ditanam sejak 15 tahun lalu. Sekitar 250 daripadanya adalah milik Muhammad Salah Yousef Sawafta, 160 milik Amer Sawafta, 70 milik Amer Ehmil, dan 40 lagi milik Izzat al-Rashayda.

Mereka turut memusnahkan tanaman kacang kuda di kawasan seluas hampir satu ekar milik Ziyad Sawafta.

Lembah Jordan membentuk satu per tiga daripada keluasan Tebing Barat, di mana 88% daripadanya diisytihar sebagai Kawasan C yang dikawal penuh oleh tentera Zionis. – Maan