Tentera Zionis berpesta selepas halau keluarga Palestin

Pasukan tentera penjajah Zionis pagi tadi berpesta di Khirbet Yizra di utara Lembah Jordan, selepas berjaya menghalau keluarga Palestin meninggalkan rumah-rumah mereka kononnya atas alasan untuk menjalankan latihan.

Petang semalam, sekurang-kurangnya empat keluarga Palestin dipaksa meninggalkan rumah mereka sehingga jam 6:00 pagi hari ini (Rabu) buat kali ketiga, atas alasan yang sama.

Oleh kerana keluarga terbabit tidak mempunyai pilihan tempat lain, mereka terpaksa tinggal di bawah terik matahari tanpa tempat berteduh.

HP