Bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.

Khabar mengenai kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi milik baginda pada pukul 8.10 pagi hari ini.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah berkahwin dengan Sultan Iskandar pada tahun 1961.

Baginda yang sebelum ini menggunakan gelaran sebagai Sultanah Zanariah merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar.