Jeneral Abdul Raziq pernah bercakap besar bahawa beliau terselamat “banyak kali” dari cubaan Taliban untuk membunuhnya. Namun kelmarin kumpulan militan Afghan akhirnya berjaya apabila seorang pembunuh yang me-nyamar sebagai pengawal peribadi seorang gabenor menembak mati beliau.

Ketua polis kontroversi Kandahar, digelar oleh Human Rights Watch pada tahun lepas sebagai “ketua penyeksa” di wilayah selatan, telah bangkit melalui pangkatnya untuk menjadi salah seorang ketua keselamatan yang paling berkuasa di Afghanistan.

Dilihat sepenuhnya sebagai sebuah benteng dari keganasan Taliban, kematian Raziq telah meninggalkan kekosongan keselamatan yang berbahaya yang menurut seorang pemerhati akan membawa kepada “kecairan” di selatan, tempat kelahiran bagi pergerakan Taliban.

“Beliau adalah orang yang menjamin keselamatan di Kandahar,” kata diplomat asing di Kabul.

Raziq, 39, yang mengawal wilayah secara cara kuku besi, dikagumi oleh ramai rakyat biasa Afghan dan dibenci oleh Taliban dalam ukuran yang sama.

Di sebalik tuduhan mengendalikan ruangan penyeksaan rahsia, “menghancurkan buah zakar” tahanan dan membunuh ribuan banduan Taliban – yang beliau nafikan – Raziq telah dianggap sebagai sekutu oleh Amerika Syarikat (AS) dalam perjuangan menentang Taliban.

Dalam satu kenyataan Twitter kelmarin, beberapa jam selepas terselamat tanpa kecederaan akibat serangan yang sama mengorbankan Raziq, Jeneral Scott Miller menyuarakan ucapan takziah beliau bagi kematian “seorang teman yang hebat”.

“Kami telah berkhidmat bersama-sama selama beberapa tahun. Afghanistan kehilangan seorang patriot, ucapan takziah saya kepada penduduk Afghanistan,” kata Miller, komander kanan pasukan Tentera AS dan NATO di Afghanistan.

Miller telah bertemu de-ngan Raziq dalam satu kawasan yang dikawal dengan ketat di bandar Kandahar ketika seorang anggota pasukan keselamatan untuk gabenor wilayah melepaskan tembakan dalam mesyuarat peringkat tinggi tersebut. Taliban berkata penembak itu adalah seorang “penyusup”.

Raziq dan dua orang lagi, termasuk ketua perisikan wilayah dan seorang wartawan, terkorban dalam serangan. Seramai 13 lagi mengalami kecederaan, termasuk dua rakyat Amerika dan gabenor.

Raziq, seorang yang buta huruf dan mempunyai tiga isteri, telah menentang Taliban sejak militan meng-hukum mati bapa dan bapa saudaranya pada 1994, dua tahun sebelum mereka berjaya mendedahkan rejim bersifat menindas mereka di kebanyakan negara.

Ketika tentera AS menakluki Afghanistan pada 2001, Raziq telah membantu mengalahkan Taliban di selatan dan kemudian dilantik sebagai seorang ketua polis daerah.

Dalam satu temu bual de-ngan AFP pada tahun lepas, Raziq berkata Taliban telah “beberapa kali” menyasarkan beliau, menambah beliau dapat mengingati 20 daripada insiden tersebut, termasuk sekurang-kurangnya lapan serangan nekad.

Raziq bernasib baik kerana terselamat dalam satu sera-ngan bom pada 2017 yang mengorbankan enam pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk duta UAE ke Afghanistan.

Beliau sudah meninggalkan bilik di bangunan gabenor Kandahar di mana para pegawai telah bermesyuarat beberapa saat sebelum bom yang disembunyikan di dalam sebuah sofa meletup.

“Ketika puak Taliban bersungguh-sungguh untuk membunuh saya, anggota tentera dan rakyat saya tidak akan bersikap baik terhadap mereka, dan saya tidak akan pernah memaafkan mereka,” tegasnya. — AFP