Seorang ahli Majlis Rakyat Syria menyatakan bahawa Israel adalah musuh yang penuh dengan penipuan dan mesti selalu diwaspadai.

Ilyas Murad menegaskan, jika rejim Zionis meneruskan pencerobohannya ke wilayah Syria, maka lapangan terbang Israel akan disasarkan oleh serangan balas Syria.

Dalam temu bual dengan stesen televisyen al-Alam, Murad menyatakan Israel buat masa ini tidak berani menyerang Syria.

“Rejim Zionis mengetahui bahawa Paksi Perlawanan dan sekutu Syria berada di puncak kemenangan. Mana-mana perang yang bermula dengan Israel akan menjadi halangan dan bencana bagi mereka,” kata Murad.

“Pemimpin Syria tidak akan diprovokasi oleh perang yang mana ditentukan oleh Benjamin Netanyahu,” lanjutnya.

“Sebarang serangan terhadap wilayah Syria pasti akan dibalas.