Syria: Britain terlibat senario palsu serangan kimia di Douma

Timbalan Menteri Luar Syria Faisal Mekdad berkata Britain terlibat dalam senario palsu serangan kimia di bandar Douma yang direka sebagai alasan untuk serangan tentera ke Syria.

“Selepas pembebasan Douma dari pendudukan kumpulan pengganas, penduduk bandar mendakwa pengganas memaksa beberapa orang untuk memberi pengakuan palsu depan kamera bahawa kanak-kanak mereka terbunuh dalam serangan kimia,” kata Mekdad dalam temu bual dengan rangkaian ITV pada hari Ahad.

Beliau menambah bahawa rakaman gambar dan video dalam serangan kimia terhadap Douma dan diterbitkan oleh media Barat dan penyokong Arab pengganas, palsu dan dibuat-buat.

Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain melancarkan serangan udara ke beberapa bahagian Syria pada hari Sabtu, 14 April 2018 dengan alasan serangan kimia di bandar Douma.

Serangan udara AS dan sekutu ke Syria dilancarkan tidak lama selepas kejayaan tentera Syria membebaskan Ghouta Timur dari pendudukan kumpulan pengganas.

Krisis Syria meletus pada 2011 berikutan serangan meluas dari pelbagai kumpulan pengganas yang disokong AS, Arab Saudi dan sekutunya untuk mengubah keseimbangan pasukan di kawasan yang memihak kepada rejim Zionis Israel.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: