Sabtu, 23 Februari 2019
Home Info Musuh : Rejim Zionis Israel Syiria sekat serangan Israel

Syiria sekat serangan Israel

Tentera Udara Syiria berjaya menyekat serangan Israel hari selepas menembak tujuh peluru berpandu yang menyasar lapangan terbang di tenggara Damsyik.

RIA melaporkan, Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan Russia memberitahu serangan yang dilancarkan empat jet F-16 bagaimanapun tidak merosakkan lapangan terbang mahupun kecederaan.

“SIstem pertahanan udara kami telah menghalang pencerobohan udara Israel dan menghalangnya mencapai sasaran,” kata sumber tentera kepada SANA,

Tentera Israel kemudian berkata, sistem pemintas Iron Dome miliknya menembak jatuh roket di bahagian utara Golan sempadan Syria.