SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura telah mengeluarkan arahan menarik balik penjualan jenama susu formula popular selepas satu sampel dikesan mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii.

Menurut laporan Channel News Asia pada Isnin, jangkitan akibat Cronobacter jarang berlaku, namun cukup berbahaya kepada bayi baru lahir kerana ia boleh menyebabkan meningitis atau sepsis.

Memetik kenyataan Agri-Food and Veterinary Authority of Singapore (AVA), antara simptom yang dihidapi ialah demam panas, hilang selera makan atau keletihan melampau.

Produk susu formula yang dikesan tercemar itu adalah daripada kelompok nombor 09117R1 dengan tarikh luput pada 11 September 2019.

Produk itu dilapor dibuat di Malaysia.

AVA dalam kenyataannya meminta ibu bapa dan penjaga mendapatkan bantuan perubatan sekiranya bayi mereka didapati tidak sihat setelah meminum susu formula berkenaan.

AA