Suruhanjaya cadang denda Grab-Uber, kembalikan langkah persaingan

SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) memutuskan bahawa langkah firma penyedia sewa kereta Grab mengambil alih perniagaan pesaingnya, Uber, di Asia Tenggara menyalahi undang-undang persaingan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, CCCS berkata ia telah mengeluarkan Cadangan Keputusan Perlanggaran terhadap Grab, yang diasaskan di Malaysia, dan Uber, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, berhubung penjualan perniagaan Asia Tenggara Uber kepada Grab.

sumber – BeritaHarianSG