Berkuat kuasa hari ini, Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memaklumkan, gelaran itu membawa maksud “Sultan Abdullah pembela agama yang terpilih oleh Allah SWT”.

“Mulai hari Selasa, 15 Januari 2019 bersamaan 9 Jamadilawal 1440H, nama dan gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Ke-6 ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

“Ianya membawa maksud: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah,” kata kenyataan itu.

Hari ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).