Jumlah pengundi yang keluar mengundi di pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong menunjukkan peratusan rendah dengan berbaki tak sampai tiga jam saja lagi sebelum pusat mengundi ditutup.

Bernama yang memetik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan, setakat 3 petang, peratusan keluar mengundi di Seri Setia ialah 38 peratus.

Sementara di Balakong, peratusan keluar mengundi setakat pukul 2 petang ialah 31 peratus.

Berdasarkan jumlah itu, terdapat kemungkinan peratus keluar mengundi bagi kedua-dua PRK berkenaan tidak mencecah 50 peratus.

MK