Serangan Udara Tentera Koaliasi Bunuh Kanak-Kanak Di Yaman Dikutuk

Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara tentera koaliasi Saudi-Emirat kelmarin yang telah membunuh sekurangnya 43 orang dan 61yang tercedera.

Menurut Palang Merah Antarabangsa Yemen “puluhan terbunuh dan ramai tercedera, kebanyakan dibawah umur 10 tahun” .

Serangan berlaku berdekatan pasar yang sibuk di bandar Dayan.

Sebuah bas sekolah yang membawa kanak-kanak yang berdekatan pasar itu dalam perjalanan ke kelas Quran musim panas telah dijadi sasaran.

Bagi kami pembunuhan puluhan ribu rakyat sivil dan ratus ribu yang mati akibat kebuluran dan penyakit di Yemen sejak serangan tentera udara koaliasi Saudi dan Emirat adalah jenyah perang.

Kami mengecam pihak koaliasi yang tidak berperikemanusian yang membuta tuli menyerang rakyat awam melalui serangan udara.

Komuniti antarabangsa mesti mengecam tindakan barbarik ini dan siasatan untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab perlu dilakukan segera dan mereka perlu dibawa ke mahkamah pengadilan.

Alasan Saudi bahawa ia adalah serangan yang mensasarkan ” missile launchers” tidak dapat diterima.

Ini bukan kali pertama serangan yang membunuh orang awam telah dilancarkan oleh koaliasi Saudi-Emirat.

Dengan bantuan logistik dari AS , tentera Saudi dan UAE telah melancarkan serangan ke atas Yemen sejak Mac 2015.

Awal bulan ini juga, wanita dan kanak-kanak terbunuh di Hodeidah bandar pelabuhan oleh tentera udara Saudi-Emirat.

Yemen kini sudah menjadi medan pembunuhan massa oleh tentera koaliasi atas nama memerangi pemberontak Houti.

Setakat ini 10,000 yang terbunuh dalam perang 3 tahun yang telah berterusan.

Jun ini sahaja, 258 serangan dilancarkan, hampir sepertiga darinya mensasar kawasan bukan militeri.

Menurut Yemen Data Project menyenaraikan 24 serangan di kawasan perumahan awam, 3 kawasan bekalan air dan eletrik, 3 dilokasi fasiliti kesihatan dan satu di kem pelarian IDP.

Yemen kini menghadapi situasi yang sangat getir dan sekarang dilaporkan sebagai negara yang berdepan krisis kemanusiaan yang paling parah dengan 22.2 juta penduduknya memerlukan bantuan.

Saudi dan tentera negara-negara yang menganggotai koaliasi tentera mesti bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan terbesar di dunia yang sedang berlaku di Yemen.

Kanak-kanak yang tidak berdosa itu berhak menuntut keadilan. Mereka adalah mangsa yang tidak harus terheret dalam konflik yang dicetuskan oleh Saudi.

Majlis Keselamatan PBB mesti bersidang segera untuk mengeluarkan keputusan terhadap jenayah yang berlaku ini.

Anggota negara dalam OIC perlu mengeluarkan pendirian agar jenayah ini dikutuk sekeras-kerasnya.

 

 

– MAPIM, SHURA, SEJAGAT