Thuzar Maung (kiri) dan 2 anaknya lari daripada keganasan anti-Islam di Myanmar. Dia berkata pelarian sepertinya tidak menerima sokongan seperti etnik Rohingya.

Empat tahun lalu, ibu 3 anak, Thuzar Maung memilih untuk memakai seluar jeans dan kemeja-T, berbanding pakaian bercirikan Islam ketika datang ke Malaysia.

Etnik Burma Islam di Myanmar dianggap sebagai pengganas, menyebabkan dia dan keluarganya berdepan penganiayaan selama bertahun-tahun.

Mereka hidup dalam ketakutan selepas berlaku kumpulan perusuh melakukan kekerasan terhadap komuniti mereka.

“Apabila pihak berkuasa mendakwa saya dikaitkan dengan kumpulan pemberontak, saya tahu saya harus melarikan diri dari Myanmar,” kata Thuzar kepada FMT.

Konflik Rohingya yang berlaku di sebelah Pergunungan Arakan di negeri Rakhine, menyebabkan peperangan di Myanmar tengah di mana Thuzar tinggal.

“Kami diperlakukan dengan teruk seperti Rohingya. Sama seperti mereka, kerajaan Myanmar enggan mengakui kami sebagai warganegara.

“Kami dianggap sebagai orang luar di negara sendiri. Kami tidak mempunyai hak, dan kebanyakan kami tidak mempunyai kad pengenalan, tanpanya kami tidak wujud.

“Apabila kami dibawa ke mahkamah kami menerima hukuman berat berbanding penganut Buddha yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama.”

Pada Mac 2013, rusuhan anti-Islam berlaku di tengah Myanmar, yang paling teruk adalah di Meiktila, berhampiran Mandalay.

Thuzar mengenang kembali bagaimana kumpulan Buddha menyerang dan membakar Sekolah Islam Mingalar Zayone.

Dilaporkan pasukan keselamatan melebihi kumpulan pemberontak dan hanya bersedia menyerang selepas perusuh membunuh 32 pelajar dan 4 guru.

Perusuh itu kemudiannya mensasarkan rumah dan masjid di bandar berdekatan. Sekurang-kurangnya 9,000 penduduk dipindahkan akibat keganasan.

“Itu 6 tahun lalu, dan masih tiada tindakan tegas oleh kerajaan,” katanya.

Dia juga mengutuk penerima hadiah Nobel dan ketua kerajaan de facto, Aung San Suu Kyi, yang tetap berdiam diri walaupun mendapat sokongan besar umat Islam semasa kempennya.

Apabila Thuzar melarikan diri, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya, tetapi pihak berkuasa mula mengganggu mereka.

“Mereka berulang kali menyoal anak-anak saya. Mereka datang ke rumah saya rumah bapa mereka, menanyakan di mana saya berada.

“Selepas tinggal di Malaysia selama 2 tahun, saya akhirnya dapat membawa anak-anak saya ke sini.”

Beliau berkata umat Islam Burma tidak diiktiraf secara rasmi menyebabkan kumpulan terpinggir itu memerlukan sokongan di Malaysia.

“Kebanyakan orang ramai dan organisasi melupakan kami.”

Pada 2017, dia mengasaskan Komuniti Pelarian Islam Myanmar untuk memberi sokongan kepada umat Islam Myanmar yang mencari perlindungan suaka di Malaysia.

Dia membantu sesama pelarian untuk menerima akses pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan mengatur wakil undang-undang apabila mereka ditangkap.

Dia juga bertindak sebagai wakil apabila golongan itu dirawat di hospital, memberi jaminan untuk status mereka sebagai pelarian.

“Ramai di antara kami yang tidak berdaftar dan sangat takut pergi ke hospital. Kami membantu mereka memahami hak mereka.

“Jika mereka tidak mempunyai pekerjaan, kami membantu mereka mencari kerja. Kami juga pergi ke mahkamah dengan mereka. Kadang-kadang kami kalah dalam kes dan mereka dihantar pulang. ”

Ketiga-tiga anaknya yang berumur 17, 13, dan 11, kini hadir ke sekolah untuk pelarian di Kuala Lumpur di mana mereka belajar subjek teras termasuk bahasa Melayu.

Rancangan untuk membuka sebuah sekolah dan klinik berjalan dengan baik dengan dibiayai oleh sumbangan pelbagai pihak.

“Kini, anak-anak dan saya berdaftar di Malaysia sebagai pencari suaka. Ini bermakna kehidupan anak-anak selamat dan selesa di sini,” katanya.

“Tetapi kebanyakan rakyat saya hidup dalam ketakutan. Mereka takut untuk keluar. Saya mahu meningkatkan kualiti hidup untuk semua orang dalam komuniti saya.

“Rohingya adalah mangsa yang terkenal dalam kalangan penyeksaan kerajaan Myanmar.

“Tetapi Burma Islam adalah agama yang sama dengan Rohingya dan kami juga menjadi mangsa.” – FMT