Selepas mencatatkan penurunan agak ketara minggu lalu, harga minyak RON95, RON97 dan diesel masing-masing terus turun 6sen, 7sen dan 6sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Untuk minggu mendatang, RON95 akan dijual pada harga RM2.17 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter dan diesel pula RM2.13.

Minggu lalu menyaksikan RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 dan 1sen manakala diesel pula berkurangan 12sen.

Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.

Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.

sumber – MalaysiaKini