Akhbar Switzerland terkemuka menyebutkan bahawa sekatan dan ancaman Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran sebagai bahaya utama kepada ekonomi dunia.

Akhbar Tages-Anzeiger menuliskan bahawa sekatan terhadap Iran yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menimbulkan ancaman terbesar terhadap ekonomi global yang bermula sejak dia menjadi presiden AS dan akan mencetuskan masalah dalam masa terdekat.

Jika keputusan Trump ini dijalankan, maka pertumbuhan ekonomi global akan berakhir secara tiba-tiba.

“Keputusan Trump yang bermula sebagai Presiden AS adalah bahaya yang nyata terhadap pertumbuhan ekonomi global,” tulis Tages-Anzeiger.

Akhbar ini juga menilai dasar-dasar Trump lain seperti kenaikan tarif produk Eropah, yang menjadi sekutu rapat AS akan menambah masalah besar kepada ekonomi global.

Ancaman perang dagang sebelum dimulai telah menurunkan tingkat pelaburan di peringkat antarabangsa, dan ketika dijalankan akan memukul rantai ekonomi dunia.

sumber – MediaAdil