Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi menolak cubaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan rundingan damai bersama pemberontak Huthi.

Menurut beliau, konflik dengan pemberontak itu tidak boleh diselesaikan hanya menerusi rundingan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih tegas.

“Semua cubaan untuk mewujudkan kedamaian bersama kumpulan itu pasti akan menemui kegagalan,” katanya pada Perhimpunan Agung PBB sambil menggambarkan kumpulan berkenaan sebagai ekstremis yang menggunakan taktik ala samseng dan penuh dengan kebencian.

“Keamanan tidak boleh dicapai dengan mengajak kumpulan samseng ini melakukan perkara yang biasa dibuat oleh golongan pemimpin,” katanya.

PBB mengajak kerajaan Yaman dan Huthi ke Geneva untuk memulakan semula rundingan yang gagal dilaksanakan dua tahun lalu.

Pemberontak Iran itu bagaimanapun enggan berundur dari Sanaa dan menuntut pembebasan anggota mereka yang cedera serta semua tawanan pada saat akhir.

Sementara itu, Arab Saudi sejak tahun 2015 telah mengetuai kempen ketenteraan untuk mengembalikan kuasa kerajaan pimpinan Hadi dan mengusir pemberontak Huthi.- AFP