Tentera Arab Saudi membeli 500 kereta kebal Merkava dari rejim Zionis Israel melalui bantuan sebuah syarikat Sepanyol.

Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman dikatakan membayar secara tunai pembelian kereta kebal ini yang dikirim dalam tempoh enam bulan akan datang dengan bantuan tentera laut Sepanyol bersama beberapa ahli dari pegawai Israel untuk memberi latihan kepada askar Saudi.

Kontrak ini merupakan perjanjian rahsia terbesar antara Arab Saudi dan Israel.

Pejabat berita Spanyol mengutip laporan dari televisyen 10 Israel secara tidak langsung mengabarkan kontrak tersebut.

Normalisasi hubungan antara beberapa negara Arab, termasuk Arab Saudi dan Israel berlaku ketika rejim Zionis dari tahun 1967 hingga 2017 telah mengorbankan 42.000 orang Palestin dan menyebabkan sejumlah yang lain dibunuh dan dipindahkan. – Media Adil